Sunday, August 22, 2010

Tuesday, July 13, 2010

Pelbagai Pengiktirafan












TESTIMONI

TESTIMONI PELAJAR DAN SEKOLAH SEKOLAH













Sepanjang tahun 2003 hingga 2009 pelbagai testomoni dikumpul daripada pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah.

Daripada tahun 2003 hingga 2008, setiap tahun Kenshido International menerima surat penghargaan daripada Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor yang mencatatkan keputusan 90% pelajar sekolah tersebut mencapai keputusan Straight A’s dalam peperiksaan PMR.

Dan pelbagai lagi surat-surat penghargaan daripada sekolah sekolah bukan berasrama penuh diterima. Antaranya SMK Canossian Convent, Kluang. SK Cheras Indah, SMK Tunku Abdul Rahman, SMK Seksyen 5 Wangsa Maju, SJK (C) Hua Lian, SJK(C) Tiong Hua Kok Bin dan pelbagai lagi sekolah sekolah semenanjung Malaysia.

TRANSFORMASI PELAJAR LEMAH KEPADA PELAJAR CEMERLANG



Berikut merupakan kad laporan pelajar bernama Kok Chin Chong pelajar Sekolah Menengah Katholik , Petaling Jaya.

Semasa beliau berada di Tingkatan 1, hampir keseluruhan subjek mendapat pangkat E. Kedudukan beliau dalam kelas adalah 40 daripada 42 orang pelajar.

Semasa beliau di Tingkatan 2, keluarga telah melanggan Score A Program dan pencapaian beliau dalam peperiksaan amat memuaskan. Kedudukan dalam kelas telah berubah kepada 10 daripada 40 orang pelajar.

Semasa berada di Tingkatan 3, suatu perubahan luar biasa telah berlaku. Daripada pelajar yang tercorot ketika di Tingkatan 1, beliau memperoleh pangkat 5 A 3 B 1 C semasa percubaan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).

Kedudukan dalam kelas melonjak kepada kedudukan No.1

Dengan keyakinan yang tinggi ketika berada dalam dewan peperiksaan, beliau telah berjaya mendapat keputusan 8 straight A dengan 3 Cemerlang dalam PMR Tahun 2005



TESTIMONI VIDEO IBU NUR AMALINA YANG MENDAPAT 17A




TESTIMONI DARIPADA PELAJAR DAN IBU BAPA DARIPADA PELAJAR UPSR 2009







TESTIMONI DARIPADA PELAJAR DAN IBU BAPA DARIPADA PELAJAR PMR 2009






PENGIKTIRAFAN

Sepanjang 11 Tahun berada dalam industri pendidikan Malaysia, Kenshido Internationa telah menerima pelbagai pengiktirafan dan sokongan daripada badan kerajaan dan NGO.

Antaranya adalah seperti berikut

PELANCARAN PORTAL PENDIDIKAN SCORE A PERINGKAT NEGERI JOHOR
PADA 3 HB MAC 2006.

Disempurnakan oleh Y.B. Dato Sri Hishammuddin Bin Tun Hussein (Menteri Pelajaran Malaysia)


Sokongan daripada MAJLIS PERMUAFAKATAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU NASIONAL (PIBGN)

Pelancaran Program Score A™, 25hb Ogos 2002 di Sekolah Wawasan,

Subang Jaya, Selangor
oleh YB. Dato’ Aziz Shamsuddin, Deputy Minister of Education





LIPUTAN MELUAS DARIPADA WARTA PERDANA DAN MEDIA CETAK

BERITA UTUSAN MELAYU


PETIKAN DARIPADA THE STAR


PETIKAN DARIPADA NEW STRAITS TIME






PETIKAN DARIPADA MEDIA-MEDIA CETAK


Score A Program - Inovasi baru dalam pendidikan




Score A ProgramTM merupakan satu inovasi baru dalam pendidikan yang mengunakan laman web untuk membantu pelajar menghadapi peperiksaan. Kenshido International merupakan syarikat perintis yang membawa score A program dalam era pendidikan terkini di Malaysia.

Kenshido International telah bertapak di Malaysia dari tahun 1999 dan kini dengan bangga syarikat telah berada dalam industri ini selama 12 Tahun. Program Score A mengikut 100% silibus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Apa itu Score A program ?

Score A adalah teknik pembelajaran terkini yang terbukti telah melahirkan pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan A’ excellent

Mengapakah ramai pelajar-pelajar gagal mendapat straight A dalam peperiksaan?

Tiga Sebab Utama :-

1. Ternik Belajar Yang Salah.

Masa yang banyak dihabiskan untuk ’input learning’. Kajian menunjukkan pelajar yang lemah 70% masa digunakan untuk ’input learning’ manakala 30% masa hanya untuk ’output learning’.

Peperiksaan Sekolah —– Output Learning

2. Tiada Keseronokan untuk Belajar . Ini merupakan sebab utama pelajar menjadi malas

Buku-buku konvensional atau hitam putih tidak lagi menarik minat mereka untuk belajar.Sekiranya diberi pilihan antara buku ataupun komputer !!! Pilihan mereka pastinya komputer.Generasi sekarang ini berada dalam zaman teknologi. Senario semasa kini, pelajar- pelajar sekolah pun sudah memiliki telefon bimbit.

Justeru, sekiranya komputer boleh mengembalikan keseronakan mereka untuk belajar, adalah kewajipan IbuBapa menyediakan komputer kepada mereka.

3. Tiada pemangkin atau motivasi diri dalam pelajar untuk belajar.

Pelajar–pelajar yang lemah dan sederhana tiada kenyakinan diri dan tidak aktif ketika berada dalam kelas. Mereka berasa tersisih dan malu antara rakan-rakan mereka yang cemerlang dalam kelas. Apabila tidak memahami sesuatu subjek dalam kelas, mereka berasa malu untuk bertanya.

Mengapa Perlukan Score A?

Dengan adanya score A program, maka masalah masalah diatas dapat diatasi.

Score A Program menggunakan pendekatan

  1. 100% output learning. Sekolah dan Pusat Tuisyen mengamalkan ’input learning’
  2. Medium pembelajaran menggunakan komputer. Anak-anak akan tertarik pada komputer.
  3. Unsur-unsur psikologi diterapkan dalam program supaya anak-anak yang lemah dan sederhana mempunyai kenyakinan yang tinggi untuk mencapai kejayaaan dalam peperiksaan.



Program score A menawarkan pembelajaran untuk darjah 1 sampai tingkatan 5. Semua subjek teras di sekolah rendah dan menengah. Silibus dikemas kini mengikut masa sebenar. Subjek ditawarkan adalah seperti di atas.



Berikut ciri-ciri unik yang terdapat dalam Score A Program



  • E- Topic Modul Ulangkaji berdasarkan bab di sekolah.
  • E- Assesment Seumpama ujian bulanan, pertengahan, akhir tahun.
  • E-trial exam Set2 soalan percubaan./ ramalan.
  • E-pass year Koleksi soalan2 peperiksaan UPSR & PMR
  • E- Notes Nota-nota komprehensif .
  • E-Schema Jalan penyelesaian/ gerak kerja untuk soalan-soalan.
  • E-Report Card Report card secara SMS atau Online. .
  • E-Dictionary Kamus elektronik.
  • E-Progress Pelajar boleh lihat prestasi mereka setiap hari,
  • Score A Mail Penulisan karangan bahasa melayu / english

Laman web rasmi Program Score A http://www.scorea.com


Untuk percubaan boleh layari Online Demo untuk melihat program. Tetapi hanya 30% ciri-ciri unik di paparkan untuk Online Demo.

Ibu Bapa yang ingin melihat prestasi anak-anak boleh masuk kepada Parent Login

Pelajar-pelajar yang melanggan Program boleh masuk kepada Student Login. Pelajar akan memasuki eExamination Hall dan boleh buat pilihan modul-modul ulangkaji.


CIRI 1 e-TOPIC

  • Berkonsepkan latih tubi & gerak gempur.
  • Kita hendak pastikan pelajar-pelajar EXPERT pada setiap bab yabg dipelajari di sekolah. Pelajar dilatih membuat set-set soalan yang SAMA berulang-ulang kali sehingga mendapat markah 100%.

CIRI 2 e-ASSESSMENT

  • Berkonsepkan ‘permainan game’. Setiap pelajar akanbermula pada level easy, medium dan expert.
  • Untuk pelajar melonjak kepada set 2 (medium) markah minimum perlu 80% ke atas. Sekiranya pelajar mendapat keputusan 79% maka Game Over.
  • Pelajar terpaksa mengulangi set 1 tetapi soalan-soalan yang diberi adalah BERLAINAN.
  • Ini secara tidak langsung kita latih mindset mereka markah minimum untuk A adalah 80%.

CIRI 3 PERMARKAHAN SERTA MERTA

  • Apabila pelajar menjawab soalan, sistem akan memberi markah serta merta.
  • Apabila On Speaker, pelajar yang mendapat soalan dengan BETUL, sistem akan memberi kata-kata Motivasi Good , Excellent, Well done
  • Sekiranya salah, sistem akan menyatakan Wrong Answer, Please Try Again. Pelajar akan menjawab soalan sehingga mendapat jawapan BETUL.
  • Setiap kesalahan kali Pertama, markah di tolak 0.33 markah
  • Setiap kesalahan kali Kedua, markah di tolak 0.67 markah

Kelebihan Ciri ini adalah

  1. Membantu Ibu Bapa yang sibuk menyemak kerja anak-anak setiap hari.
  2. Pelajar akan mendapat tahu kesalahan mereka serta merta.
  3. Pelajar-pelajar yang lemah dan sederhana akan berkeyakinan untuk menjawab soalan kerana setiap soalan pelajar akan diberi kata-kata motivasi.

Ciri 4 Nota Tambahan

Pelajar yang cemerlang kebiasaanya akan merujuk buku teks atau buku rujukan untuk cari jawapan soalan yang tidak difahami

Tetapi, pelajar yang lemah atau sederhana mencari jawapan dalam buku teks atau buku rujukan tidak menarik minat mereka.

Dalam program score A, kalau pelajar tidak memahami sesuatu soalan boleh merujuk nota tambahan dengan mengklik ikon e NOTES

Contoh Nota–Nota Tambahan

  • Pelajar-pelajar score A akan disediakan nota-nota ringkas dalam bentuk carta alir, peta minda, nota komprehensif dan berjadual.
  • Nota –nota ini sudah cukup komprehensif untuk pelajar-pelajar membuat ulangkaji.


Ciri 5 e-Kamus

  • Pembelajaran Sains dan Matematik adalah dalam Bahasa Inggeris. Pelajar yang tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik akan merasakan belajar merupakan suatu yang menyusahkan bukan menyeronokan.
  • Dalam Score A, sistem mempermudahkan pelajar, hanya Double Klik perkataan yang tidak difahami, makna dalam Bahasa Melayu akan diberi.



Ciri 6 e-SCHEMA

Pelajar akan diberi penerangan terperinci jalan penyelesaian sesuatu soalan.



CIRI 7 e-PASS YEAR EXAM

Pelajar –pelajar akan didedahkan dengan set-set soalan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia agar mereka bersedia menghadapi peperiksaan sebenar.

Dalam modul ini, objektif kita untuk menghilangkan ‘exam fear’ seseorang pelajar agar mereka tidak gugup ketika berada dalam Dewan Peperiksaan.


Ciri 8 COUNTDOWN TIMER

Dalam modul E-Pass Year Exam dan E Trial Exam, sistem countdown timer digunakan.

Tiada lagi pemarkahan serta merta.

Bermakna, sekiranya masa sebenar untuk peperiksaan Matematik adalah 1 Jam 30 Minit, maka dalam modul ini, pelajar perlu menyiapkan kertas peperiksaan dalam masa yang ditetapkan seumpama pelajar berada dalam exam yang sebenar.

Kelebihan modul ini :-

Pelajar di latih untuk pandai menguruskan masa.

Berdisplin ketika belajar. Tidak boleh menonton ASTRO, main game atau berjumpa kawan.


CIRI 9 e-REPORT CARD

Kelebihan e Report Card

  1. Ibu Bapa dapat memantau pembelajaran anak anak setiap hari.
  2. Ibu Bapa akan dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan prestasi setiap anak. Contoh anak anda mungkin lemah Matematik tetapi bukan keseluruhan topik. Mungkin anak anda lemah pada sesetengah topik sahaja. Kelemahan anak pada topik tersebut boleh dilanjutkan kepada guru kelas atau guru tuisyen.

CIRI 10 SMS E-REPORT CARD SYSTEM

Sekiranya Ibu Bapa tidak mempunyai banyak masa untuk ONLINE atau pun tidak celik IT, maka sistem SMS ini akan membantu.



Ciri 11 e-SCORE TOP 100 STUDENTS

Modul ini berkonsepkan ranking game. Sekiranya pelajar-pelajar membuat latihan dan mendapat markah terbaik, nama mereka mungkin akan tersenarai dalam Score top 100 students. Disini pelajar – pelajar bersaing antara 300,000 ribu pelajar seluruh dunia.

Apakah perasaan Ibu Bapa melihat anak mereka mendapat ranking ke -40 dalam program ini??

Sudah pasti ini berita mengembirakan kepada Ibu Bapa tetapi BUKAN kepada pelajar-pelajar.

Secara psikologi, pelajar-pelajar akan bermotivasi untuk buat latihan berulang kali untuk merebut ranking yang terbaik. Secara tidak langsung, ini mengalakkan mereka membuat ulangkaji tanpa disuruh atau dipaksa.


KOS MELANGGAN SCORE A PROGRAM



Langganan untuk 12 bulan (kesemua subjek) = RM796

dibahagi kepada 12 bulan = RM66.30

dibahagi kepada 2 orang anak (lagi ramai anak lagi UNTUNG/JIMAT) = RM33.15

dibahagi pula kepada 30 hari penggunaan = RM1.10 sahaja SEHARI


Perbandingan Dengan Kos Tuisyen

Harga untuk 1 subjek = RM 30 sebulan

Sekiranya anak akan menduduki UPSR = 5 subjek x RM30

= RM150 x 6 Bulan

= RM 1200



9 Sebab Kenapa Anda Perlu Langgan Score A ProgramTM